Thursday, 1 August 2019

#Kapar Kilang plastik larang pekerja bersolat

Sebuah kilang beg plastik di Taman Perindustrian Sungai Kapar di sini didakwa melarang pekerja Islam di syarikat itu daripada menunaikan ibadah solat.

Ini berikutan penularan satu memo pengurusan syarikat tersebut kepada semua pekerja yang dikeluarkan semalam melalui aplikasi WhatsApp.


Menerusi memo tersebut, denda sebanyak RM500 akan dikenakan kepada pekerja bagi setiap satu kesalahan.



"Pihak pengurusan ingin memaklumkan kepada semua pekerja bahawa tidak dibenarkan pergi solat pada waktu bekerja kecuali pada waktu makan tengah hari sahaja.

"Dengan serta-merta jika didapati melanggar arahan, akan dikenakan denda sebanyak RM500 untuk setiap kali kesalahan," katanya. - K! ONLINE

No comments:

Post a comment