Wednesday, 21 August 2019

Kedai jual rokok elektronik 5 negeri diserbu


KUALA LUMPUR 20 Ogos - Lebih 10 kedai menjual rokok elektronik jenama Nanostix di lima negeri diserbu Kementerian Kesihatan hari ini.

Pengarah Nanostix Innovations Sdn. Bhd., Shahabudeen Jalil Kamarul Jaman berkata, lokasi kedai yang diserbu ialah di ibu negara, Johor, Kuantan, Putrajaya dan Kangar.



‘‘Kesemua kedai yang diserbu dimiliki oleh ejen-ejen syarikat kami yang menjual rokok elektronik.

‘‘Setakat ini kita hanya boleh anggarkan lebih 10 buah kedai yang diserbu dan nilai stok yang dirampas berjumlah RM50,000 hingga ke RM200,000,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Shahabudeen Jalil, setakat ini, belum ada undang-undang yang rasmi berkaitan rokok elektronik dan disebabkan itu, penjualan dilakukan seperti biasa.

Jelasnya, sebelum ini, kerajaan sudah berjanji untuk mengeluarkan undang-undang berkaitan rokok elektronik sejak 2015, namun sehingga kini masih tiada sebarang perkembangan.

‘‘Bila tidak ada undang-undang rasmi yang berkaitan penjualan rokok elektronik, peniaga yang juga usahawan Melayu ini meneruskan penjualan seperti biasa.

‘‘Serbuan juga dilakukan tanpa sebarang amaran dan peniaga-peniaga amat terkesan dengan kerugian yang dialami mereka,’’ ujarnya.

Jelasnya, dia berharap supaya kerajaan boleh bertolak ansur mengenai rokok elektro­nik yang merupakan alternatif lebih sihat berbanding rokok.

Tambahnya, pihaknya juga bersedia untuk membayar cukai seperti yang dikenakan terhadap syarikat rokok jika undang-undang berkaitan digubal.

Kredit : Utusan

No comments:

Post a Comment