Saturday, 24 August 2019

Krew Kabin British Airways Terima 15,000 iPhone XR



iPhone XR yang ialah telefon pintar yang dijual pada harga paling mampu milik tahun lalu oleh Apple. Ia hanya dilengkapi skrin LCD dan menggunakan sistem satu lensa pada kamera utama. British Airways (BA) minggu ini memberikan 15,000 iPhone XR kepada krew kabin mereka sebagai langkah meningkatkan mutu perkhidmatan pelanggan mereka.

Sebanyak £6.5 bilion (~RM 33 bilion) akan dibelanjakan oleh BA bagi meningkatkan mutu perkhidmatan pelanggan dalam masa lima tahun. Selain memberikan iPhone XR kepada krew kabin, perkhidmatan Internet di dalam pesawat juga akan dipertingkatkan. Menerusi peranti yang diberikan, krew kabin boleh membantu pelanggan mendapatkan maklumat terkini mengenai penerbangan mereka jika berlaku kelewatan. Maklumat seperti menu makanan juga boleh diubah bagi pihak pelanggan sekiranya mereka terlupa untuk memesan makanan halal misalnya.


Sebelum memberikan iPhone XR. BA melakukan ujian awal melengkapkan krew kabin kanan dengan iPad. Berasaskan maklum balas program ujian ini, kesemua krew kabin diberikan iPhone XR. Sebelum BA, lima tahun yang lalu United Airlines telam memerikan 23,000 krew kabin mereka iPhone 6 plus atas sebab yang sama.

No comments:

Post a Comment