Sunday, 25 August 2019

#PayaTerubong Pelajar Tingkatan Satu gantung diri kerana banyak kerja sekolah

Remaja itu ditemui dalam keadaan tergantung dengan kain tuala sebelum diturunkan bapanya. - Foto PDRM

Seorang pelajar lelaki Tingkatan Satu bertindak menggantung diri di dalam bilik air rumahnya di Flat Jalan Paya Terubong, Taman Sri Relau dekat sini semalam selepas mengadu mengenai kerja sekolah yang terlalu banyak.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Che Zaimani Che Awang berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10.55 malam itu, remaja berkenaan masuk ke dalam bilik air rumahnya untuk mandi.

Bagaimanapun dia tidak keluar dari bilik air selepas kira-kira 30 minit sehingga menyebabkan bapanya curiga dan bertindak membuka pintu bilik air.



“Sebaik berjaya membuka pintu bilik air, lelaki itu mendapati anaknya dalam keadaan tergantung dengan kain tuala sebelum mangsa diturunkan dan diberikan bantuan pernafasan oleh ayahnya.
Ibu mangsa berusia 51 tahun berkata, pada sambutan Hari Ibu Mei lalu, mangsa ada menulis sepucuk surat kepadanya yang menyatakan rasa sayang dan terima kasih anaknya kepadanya. - Foto Astro AWANI

“Mangsa dikatakan muntah sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang dengan ambulans,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Bagaimanapun, Che Zaimani berkata, pelajar itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital dan pemeriksaan mendapati kematian mangsa tiada sebarang unsur jenayah.

Beliau berkata, temu bual bersama ibu bapa mangsa juga mendapati anak bongsu daripada 2 beradik itu sering merungut kerana kerja sekolah yang terlalu banyak.

“Pada malam kejadian, ibu remaja itu memintanya menyiapkan kerja sekolah selepas mendapat panggilan telefon daripada guru sekolahnya yang mendakwa mangsa tidak menyiapkan kerja sekolah,” katanya.

FMT

No comments:

Post a Comment