Monday, 5 August 2019

Pencuri "break caliper" BikersThailand berjaya ditangkap!



Tahniah diucapkan kepada PDRM Pulau Pinang berjaya menangkap suspek pencuri barangan motosikal BikerS dari Thailand di T+ Hotel Maccalum, Pulau Pinang.

(3) LELAKI MELAYU DITANGKAP - SUSPEK CURI KOMPONEN M/SIKAL BERKUASA TINGGI DI SEKITAR GEORGE TOWN AKHIRNYA TUMPAS








Pada 3/8/2019, jam lebih kurang 6.25 pagi, seorang lelaki warganegara Thailand buat aduan berkaitan kehilangan komponen (3) buah m/sikal berkuasa tinggi model BMW telah hilang semasa parking di tempat parking Hotel T+ Macallum, Pulau Pinang.

Antara kompenan m/sikal yang hilang ialah (3) unit brake caliper jenama Brembo, (2) unit brake pump, (1)unit helmet jenama BMW, (2) set tool box dan charger m/sikal. Jumlah kerugian dianggarkan lebih kurang RM40,000.

Ekoran daripada kejadian tersebut, pada 3/8/2019 jam lebih kurang 3.20 petang, satu tangkapan dan rampasan telah dilakukan oleh anggota polis dari Balai Polis Jalan Patani dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Timur Laut.

Suspek 3 lelaki Melayu telah berjaya ditangkap dan kesemua barang kes yang dilaporkan hilang telah berjaya dirampas.

Kesemua suspek yang ditangkap akan direman dan kes disiasat di bawah seksyen 379A(1) Kanun Keseksaan.

Pihak polis mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang memberi maklumat.

KREDIT : IPD TIMUR LAUT

No comments:

Post a comment