Tuesday, 20 August 2019

Pendatang Nepal Ramas Tetek Rakan Sekerja Dicekup Polis..





SEBERANG PERAI - Seorang lelaki warga Nepal ditahan polis awal pagi tadi selepas disyaki mencabul kehormtan seorang rakan sekerja di sebuah kilang biskut di Butterworth di sini pada bulan lalu.

Suspek berusia 27 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Butterworth kira-kira pukul 1 pagi oleh pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU).

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, suspek dikatakan bertindak sedemikin ke atas seorang wanita berusia 22 tahun ketika mereka sedang bekerja.

"Suspek dikatakan telah datang ke arah mangsa dan terus memegang payu dara sebelah kanannya.

"Selepas itu mangsa telah memarahi suspek dan beritahu akan membuat laporan polis sebelum suspek beredar sambil tersenyum seolah-olah tidak berlaku apa-apa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Noorzainy berkata, hasil siasatan pihak polis mendapati tempat kejadian tidak mempunyai televisyen litar tertutup (CCTV) dan tiada saksi lain yang nampak kejadian berlaku.

"Hasil soal siasat awal polis mendapati suspek yang merupakan ketua bahagian pengeluaran itu tidak mengaku mencabul mangsa.

"Dia bagaimanapun mengaku ada menolak mangsa pada bahagian buah dada berpunca kerana mangsa memaki hamunnya di tempat mereka bekerja itu," katanya lagi.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Sumber - K! ONLINE


No comments:

Post a Comment