Thursday, 29 August 2019

Teksi air akan ganti feri di Pulau Pinang..

Foto Penang Property Talk

GEORGETOWN: Kementerian Pengangkutan akan melaksanakan perkhidmatan teksi air atau Catamaran Boat yang menggantikan sebahagian daripada perkhidmatan feri di Pulau Pinang, tahun hadapan.

Menterinya, Anthony Loke, berkata sebahagian perkhidmatan feri sedia ada hanya akan digunakan bagi tujuan pelancongan bagi memastikan teksi air terbabit dapat berfungsi secara menyeluruh.

“Dalam mesyuarat yang diadakan baru-baru ini, kita semua bersetuju untuk memperkenalkan sistem perkhidmatan teksi air, manakala feri sedia ada akan dinaik taraf untuk sektor pelancongan sahaja.

“Feri harian masih beroperasi tetapi daripada enam unit yang ada, mungkin hanya dua atau tiga unit yang akan dikekalkan untuk membawa kenderaan seperti biasa. Selebihnya akan digunakan untuk pelancongan,”.

Perkhidmatan teksi air adalah sebahagian daripada rancangan yang dikemukakan dalam Pelan Induk Pengangkutan (PIP) Pulau Pinang yang diumumkan pada 2016.

Difahamkan, dermaga teksi air itu akan dibina di Gurney Wharf, Persiaran Gurney yang akan menghubungkan tanah besar di Butterworth.

Perkhidmatan feri Pulau Pinang yang bermula pada 1894 adalah feri penumpang pertama dan paling tua yang masih beroperasi di negara ini.

Kredit Berita Harian

No comments:

Post a Comment