Monday, 26 August 2019

Timbalan Menteri ‘diserang’ gara-gara samakan Skuad Sabil dengan pak guard dari Bangladesh..


KUALA LUMPUR 26 Ogos -Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin didapati telah memadam hantaran kontroversi beliau yang mengaitkan Skuad Sabil UMNO dengan pekerja warganegara Bangladesh.

Semakan Utusan Online dalam akaun Facebook dan Twitter milik Tze Tzin mendapati tidak kelihatan lagi hantaran berkenaan.

Dipercayai Tze Tzin memuat naik hantaran dengan kapsyen “Akhirnya, 1 juta pak guard dari Bangladesh telah sampai” itu semalam.

Dipercayai juga tindakan Ahli Parlimen Bayan Baru itu memadam hantaran tersebut berkait rapat dengan kecaman yang diterima dalam kalangan pengguna media sosial.

Turut tidak ketinggalan mengecam tindakan beliau adalah Ketua Pergerakan UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang menyifatkan perbuatan itu sebagai rasis.

Cubaan Utusan Online mendapatkan Tze Tzin menerusi panggilan telefon tidak dijawab dan mesej melalui aplikasi WhatsApp belum lagi dibalas. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment