Thursday, 26 September 2019

26 bank akan batalkan caj perkhidmatan RM2 & RM0.50

Sebanyak 26 bank bersetuju menghentikan bayaran untuk transaksi konvensional di cawangan mereka di seluruh negara, susulan kemarahan pengguna yang mengatakan amalan itu tidak adil.

Pengumuman oleh Persatuan Bank-bank Di Malaysia (ABM) yang terdiri 26 bank itu dibuat sehari selepas kumpulan itu mempertahankan caj tersebut bagi mendorong pelanggan menggunakan platform perbankan dalam talian.

Ia juga berkata bayaran RM2 tidak dikenakan ke atas pelanggan yang berusia 65 tahun dan orang kurang upaya yang menggunakan perkhidmatan kaunter.

“Bagi mengalakkan pelanggan beralih daripada tunai kepada e-bayaran, beberapa bank kami mengenakan bayaran untuk cek dan bayaran tunai untuk pembayaran kad kredit dan pembiayaan yang dilakukan di kaunter (melalui juruwang di cawangan bank) dan melalui mesin deposit tunai,” kata ABM dalam satu kenyataan.

Awal minggu ini, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) mengkritik langkah itu yang membenarkan bank mengenakan caj 50 sen bagi mesin pengeluaran tunai (CRM) dan mesin deposit cek (CQM) dan RM2 bagi bayaran transaksi di kaunter, mulai bulan depan.

CAP dan NUBE berkata aduan mereka kepada Bank Negara Malaysia diabaikan.

No comments:

Post a Comment