Sunday, 8 September 2019

#Butterworth Pusat Urut Sedia Kondom?




Puluhan kondom ditemui di salah sebuah pusat urut refleksologi ketika serbuan dilakukan oleh pihak berkuasa.

Ianya dipercayai disediakan bagi digunakan pelanggan yang datang untuk khidmat urut sekaligus ditawarkan khidmat seks oleh tukang urut warganegara asing.



Keadaan ini dikuatkan lagi apabila semasa serbuan dijalankan ada tukang urut dan pelanggan yang ditemui dalam keadaan bogel.

Kegiatan tidak bermoral itu terbongkar apabila beberapa pusat urut yang terletak di sekitar Butterworth diserbu oleh agensi penguatkuasa dalam gerakan Operasi Bersepadu.

Operasi yang melibatkan 67 pegawai dan anggota daripada Jabatan Imigresen Malaysia Pulau Pinang (JIMPP), Penguatkuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dengan turut dibantu oleh Polis Bantuan MPSP.



Sebanyak 4 pusat refleksologi dan 1 pusat hiburan terlibat dalam serbuan yang diadakan itu. Seramai 54 orang pelanggan dan pekerja telah diperiksa.

Hasilnya, 11 wanita yang disyaki berkerja sebagai tukang urut telah ditangkap kerana melanggar syarat-syarat Pas.

Mereka terdiri daripada 8 Thailand, 2 Indonesia dan 1 Laos. Turut ditemui berada pusat urut terbabit adalah seorang kanak-kanak lelaki dipercayai anak kepada salah seorang tukang urut yang ditangkap itu.

Pengarah Imigresen Negeri Pulau Pinang Muhamad Husni Mahmud berkata,"JIMPP akan berkolabarasi bersama-sama agensi penguatkuasaan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam usaha membenteras pihak yang tidak mematuhi undang-undang negara".

"Bukan itu saja, gerakan bersepadu ini akan memberi lebih kesan apabila setiap kesalahan yang dilakukan dapat diambil tindakan oleh setiap agensi terbabit".




Mengulas mengenai tangkapan beliau berkata,"Mereka yang ditangkap itu disyaki melanggar peruntukan 11(7)(a) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat-syarat Pas. Siasatan ke atas pengusaha pusat refleksologi terbabit juga akan dijalankan untuk dikenakan tindakan selaras dengan peruntukan undang-undang yang sedang berkuatkuasa".

Semasa serbuan dijalankan seorang lelaki tempatan dipercayai pelanggan telah ditangkap oleh pihak Polis Bantuan MPSP apabila beliau bertindak agresif dan menghalang tugas penjawat awam.

Selain itu, setiap premis yang berkenaan bakal berdepan dengan tindakan tegas apabila wujud elemen kesalahan yang tidak mematuhi syarat-syarat yang diberikan oleh PBT.

Semua tangkapan warga asing terbabit ditahan di Depot Imigresen Juru untuk siasatan dan tindakan jabatan.

Kredit : JIMPP

No comments:

Post a Comment