Saturday, 14 September 2019

#HPU914 Kerjasama PAS-Umno belum bincang bahagi kerusi - Tuan Guru Haji Hadi Awang


Kerjasama PAS dan Umno yang dimeterai hari ini belum beralih kepada perbincangan mengenai pembahagian kerusi pada pilihan raya umum ke-15 nanti.

Bercakap pada sidang media di akhir Himpunan Penyatuan Ummah hari ini, Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang duduk bersama Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata masih terlalu awal untuk membincangkan perkara itu.

“Kita baru baca Al-Fatihah, belum sampai Ayat Kursi lagi. Apa yang penting kita bekerja dulu. Bekerja menarik rakyat untuk bersama kita,” katanya.



Hadi berkata walaupun penyatuan kedua-dua parti itu bermakna salah satu parti tidak akan bertanding di kawasan-kawasan tertentu, PAS dan Umno tetap bersama dalam pilihan raya itu.

“Kita lihat bila PRU diumum,” katanya.

Gandingan PAS dan Umno menyaksikan pembangkang meraih kemenangan di tiga pilihan raya kecil pasca PRU-14 iaitu di Parlimen Cameron Highlands (26 Jan), DUN Semenyih (2 Mac) dan DUN Rantau (13 April).

Pada kedudukan semasa, Umno membentuk kerajaan di Pahang dan Perlis manakala PAS membentuk kerajaan di Kelantan dan Terengganu.

No comments:

Post a Comment