Saturday, 14 September 2019

#HPU914 Menyingkap 6 dekad sejarah Umno dan PAS

Umno dan PAS, dua parti politik terbesar berteraskan Melayu-Islam, mempunyai sejarah panjang.
Kedua-dua parti itu dalam bersaing untuk mencari tapak yang kukuh dalam hati pengundi, terutamanya masyarakat Melayu-Islam, telah cuba dan masih berusaha untuk membentuk ikatan politik yang mantap serta kekal berkuasa.
FMT menggariskan peristiwa-peristiwa penting sepanjang 6 dekad lalu bagi menggambarkan turun naik hubungan Umno-PAS menjelang Himpunan Penyatuan Ummah yang berlangsung selama 2 hari di premis Umno iaitu Pusat Dagangan Dunia Putra dan Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur.

1951
Golongan ulama dalam Umno menubukan Persatuan Islam Se-Malaya dengan keahlian longgar, dengan Ahmad Fuad Hassan dilantik menjadi presiden.
1955
Dalam pilihan raya umum pertama Tanah Melayu, Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi manakala PAS satu.
1969
PRU pertama selepas pembentukan Malaysian menyaksikan Perikatan terdiri daripada Umno-MCA-MIC hilang majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
1974
Perdana Menteri Abdul Razak Hussein menggerakkan usaha menubuhkan Barisan Nasional (BN) bagi menggantikan Perikatan. PAS turut serta.
Abdul Razak, perdan menteri, tiba di Kota Bharu untuk berkempen menjelang hari pembuangan undi pada 24 Ogos 1974. Ketibaan beliau disambut pemimpin dan penyokong BN, antaranya Menteri Pelajaran Mohamad Yaakob (kanan sekali) dan Yang Dipertua Agung PAS, Datuk Mohamed Asri Muda (kiri belakang Tun Razak). (Gambar Utusan Malaysia)
PAS yang bersama BN menang besar dalam PRU, di mana manifesto BN berteraskan “memuliakan Islam sebagai agama rasmi negara”.
Susulan kemenangan PRU, Mohamed Nasir dilantik sebagai menteri besar Kelantan tetapi menimbulkan rasa tidak senang di kalangan ahli PAS.
1976
Nasir serah surat letak jawatan.
1977
PAS memutuskan untuk memecat Nasir yang tidak jadi letak jawatan.
DUN Kelantan membawa usul tidak percaya terhadap Nasir dan selepas usul diluluskan, demonstrasi dicetuskan penyokong Nasir bertukar menjadi rusuhan.
Dewan Rakyat mengisythiharkan darurat di Kelantan, dan pentadbiran negeri diletakkan di bawah kuasa seorang pegawai persekutuan.
Majlis Tertinggi BN memberi tempoh 4 hari kepada PAS untuk memecat ahli Parlimen yang menentang Rang Undang-Undang Kuasa-Kuasa Darurat (Kelantan) 1977.
Yang Dipertua PAS Mohamed Asri Muda mengumumkan PAS keluar dari BN.
Liputan media mengenai keputusan kerajaan mengakhiri pelaksanaan darurat di Kelantan. (Gambar National Library Board Singapore)
1978
Perintah darurat di Kelantan ditarik balik. Nasir menubuhkan parti Berjasa.
BN menubuhkan kerajaan campuran di Kelantan bersama Berjasa selepas menewaskan PAS.
1981
Orang kuat PAS Terengganu Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan yang kemudiannya dikenali sebagai “Amanat Hadi”, yang kemudiannya diwartakan Majlis Fatwa Kebangsaan 2 dekad selepas itu sebagai bercanggah dari segi Islam.
1984
PAS lahir hasrat debat bersama Umno tetapi ia tidak menjadi kenyataan ekoran nasihat Majlis Raja-Raja yang tidak berkenan.
1985
Peristiwa Memali di Kampung Memali, Baling Kedah melibatkan penyokong PAS, menyemarakkan lagi permusuhan Umno dan PAS.
1987
Pemimpin PAS antara puluhan ahli politik dan aktivis yang ditahan ISA di bawah Operasi Lalang.
Nakhie ahmad – keluar umno in 1989.
1989
Mohd Nakhaie Ahmad, bekas naib presiden PAS menyertai Umno, setahun sebelum PRU 1990.
1990
Selepas Umno berpecah dua (Team A dan Team B), PAS dan parti serpihan Umno Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah, menjalin kerjasama di bawah Angkatan Perpaduan Ummah.
PAS menawan Kelantan, dengan Mursyidul Am Nik Abdul Nik Mat dilantik menjadi menteri besar.
1993
Kelantan menyatakan hasrat memperkenalkan hudud dan meluluskan enakmen berkaitan di Dewan Undangan Negeri. Ia ditentang oleh Umno di bawah pimpinan Dr Mahathir Mohamad.
1998-1999
Kemasukan besar-besaran ahli Umno ke dalam PAS di sebalik slogan “Dulu Umno Sekarang PAS” susulan pemecatan Anwar Ibrahim dari parti dan kerajaan.
1999
PAS menang besar pilihan raya yang diadakan di sebalik kehilangan sokongan Melayu kepada Umno, tawan Terengganu.
2000
Susulan keputusan PRU 1999, perwakilan Perhimpunan Agung Umno mendesak pimpinan tidak membayar royalti minyak kepada kerajaaan Terengganu yang dipimpin PAS. Mahathir menggantikan bayaran royalti kepada “wang ihsan”.
2002
Sejarah dicipta apabila Presiden Umno Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PAS Fadzil Noor muncul satu pentas di Dewan Bahasa dan Pustaka berkongsi pandangan mengenai perpaduan Melayu-Islam dan perhimpunan anti-Israel.
Lim Kit Siang bertemu dengan Nik Aziz Nik Mat. Hubungan rapat kedua-dua pemimpin semasa PAS dan DAP membentuk Pakatan Rakyat.
2008
PAS menjalin kerjasama bersama PKR dan DAP membawa pembentukan Pakatan Rakyat. PAS menerajui kerajaan negeri Kedah dan Perak.
2009
Muncul desas-desus beberapa pemimpin PAS mengadakan perbincangan sulit dengan Umno membentuk “Kerajaan Perpaduan” di Selangor dan Perak. Ia menerima bantahan keras Nik Aziz.
2014
Pakatan Rakyat mula bergolak, dengan PAS tidak setuju pendekatan DAP dan PKR dalam krisis menteri besar Selangor. Isu Negara Islam antara DAP dan PAS juga timbul lagi.
2015
Nik Aziz, tokoh utama PAS yang menentang sebarang kerjasama dengan Umno, meninggal dunia. Pemergiannya dilihat membuka jalan ke arah usaha kerjasama PAS-Umno.
Pada Disember, Presiden Umno Najib Razak buat pertama kali berkongsi pentas dengan rakan sejawat PAS, Hadi, pada majlis anjuran Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia.
Pergolakan Pakatan Rakyat berhubung isu “Negara Islam” semakin merapakatkan PAS dan Umno. DAP keluar Pakatan Rakyat, sekali gus menamatkan riwayat pakatan itu.
2016
Hadi atas kapasiti sebagai Ahli Parlimen Marang mengemukakan rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355). Ia menerima sokongan kebanyakan wakil rakyat Umno.
Najib Razak melawat Hadi Awang di IJN pada Januari 2016.
Najib melawat Hadi yang menjalani pembedahan jantung di IJN, dalam apa yang dilihat mengesahkan spekulasi kerjasama Umno dan PAS.
Najib dan Hadi hadir sekali lagi berkongsi pentas, kali ini dalam himpunan solidariti bersama etnik Rohingya, di Kuala Lumpur.
2017
Pemimpin Umno dan PAS semakin kerap berkogsi pentas dalam pelbagai isu melibatkan umat Islam sejagat.
Dr Mahathir Mohamad menziarahi pusara bekas presiden PAS Fadzil Noor beberapa hari sebelum PRU14 yang menjatuhkan kerajaan BN.
2018
Mahathir menziarahi pusara bekas presiden PAS Fadzil Noor, beberapa hari sebelum PRU yang menjatuhkan kerajaan BN.
Kerjasama Umno-PAS lebih menonjol selepas kekalahan BN, yang menjadikan dua parti Melayu-Islam itu pembangkang terbesar.
Dr Mahathir Mohamad menerima kunjungan Abdul Hadi Awang. Pertemuan pada Jun 2018 selepas PRU14. Turut hadir Menteri Besat Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar (kiri) dan bekas setiausaha agung PAS Mustafa Ali (kanan).
2018-2019
PAS dan Umno mula menjamin persefahaman politik menghadapi beberapa pilihan raya kecil. Kedua-dua parti bersetuju tidak bertindih dalam pencalonan, sekali gus membawa kemenangan kepada pembangkang di Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau.
Umno dan PAS menandatangani Piagam Muafakat Nasional di PWTC pada 14 Sept.

September 2019
Umno dan PAS menganjurkan Himpunan Penyatuan Ummah, menandatangani piagam kerjasama pada PRU akan datang.

No comments:

Post a Comment