Thursday, 26 September 2019

Isu perumahan rakyat : PH gagal tunaikan janji – Nicole

Semasa kita bincang tentang isu perumahan, patutlah kita rujuk kepada Manifesto Pakatan Harapan dahulu. Mereka telah banyak memberi Harapan …… tetapi banyak juga sudah terbukti merupakan janji kosong dan bohong.
.
Janji tentang isu perumahan merupakan janji keempat dalam Buku Harapan. PH memperuntukkan hampir 4 muka surat dalam manifesto tersebut untuk bincang tentang perumahan.
.
Intipati utama janji tersebut ialah:
1/ menambah program perumahan mampu milik iaitu mewujudkan sejuta rumah mampu milik dalam tempoh dua penggal pemerintahan
2/ memperluaskan skim sewa milik
3/ menetapkan had masa untuk projek perumahan bagi mengelakkan gejala membina landbank
4/mewujudkan Majlis Perumahan Mampu Milik Negara
.
Apa yang telah dibuat dan setakat sekarang apa yang telah dilancarkan? Keadaan ekonomi yang negatif, gaji yang rendah, harga barang naik tak henti-henti, keyakinan terhadap masa depan ekonomi yang lemah … bagaimana lagi nak seseorang itu fikir tentang memiliki sebuah rumah?
.
Pembeli rumah mengkritik syarikat pemaju perumahan memberi banyak alasan saja untuk menetapkan harga rumah yang lampau tinggi dan menjadikan rumah tersebut “mampu tengok” tapi tidak mampu milik.
.
Malah, pemaju juga mempunyai masalah iaitu mengalami peningkatan kos ketara dalam menjalankan perniagaan, terutama membabitkan bahan binaan dan juga caj dan syarat yang ditetapkan oleh kerajaan yang akan menambah kos mereka.
.
Apakah pandangan korang tentang isu perumahan? Apakah cadangan korang kepada PH untuk menangani isu perumahan?

Dari FB Nicole Wong

1 comment:

  1. Mohon pautkan blog saya di dalam blog tuan.
    https://pariajalanan.blogspot.com/?m=0

    ReplyDelete