Monday, 23 September 2019

Kereta Kancil usang viral akhirnya disita 😢

Kereta kancil usang yang tular di laman sosial ditemui di bahu jalan di Kilometer 15 Jalan Kuala Lumpur- Ipoh bersama-saman pemandunya.

GOMBAK – Kereta Perodua kancil usang yang tular di laman sosial akhirnya berjaya ditemui di bahu jalan di Kilometer 15 Jalan Kuala Lumpur- Ipoh di sini pada Jumaat lalu.

Difahamkan, kereta berkenaan ditemui bersama pemandu kereta tersebut sebelum tindakan sita dilakukan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Arshad Kamaruddin berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kereta usang itu kira-kira pukul 10 pagi.

“Sebaik menerima maklumat berkenaan, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak telah ke lokasi sebelum menemui kereta kancil yang diletakkan di bahu jalan.

“Pemandu kereta terbabit yang merupakan seorang lelaki berusia 45 tahun turut berada di lokasi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, hasil pemeriksaan lanjut mendapati cukai jalan kereta berkenaan sudah tamat tempoh sejak 10 September tahun lalu.

“Semakan turut mendapati, pemandu terbabit tidak memiliki sebarang lesen memandu ketika ditahan.

“Berdasarkan rekod, kereta itu dimiliki seorang lelaki dipercayai ahli keluarga pemandu berkenaan yang berusia 75 tahun,” katanya.

Menurutnya, tindakan sita terhadap kereta itu dilakukan mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, tular beberapa rakaman video mengenai misteri kereta kancil usang berkenaan di laman sosial yang dilihat merbahayakan pengguna jalan raya lain.

Kredit - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment