Monday, 30 September 2019

Keterlaluan & memalukan, jaja produk rangsang seks guna imej gadis berhijab

 Sindiket menjual produk rangsangan seks kini menggunakan imej wanita berhijab untuk memasarkan barangan itu melalui atas talian di media sosial.


Iklan turut menyelitkan ayat atau perkataan berbaur lucah untuk menarik perhatian pelanggan bagi melariskan produk berkenaan, lapor Harian Metro.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata modus operandi berkenaan bertukar melalui atas talian susulan serbuan yang dilakukan pihaknya.


“Tindakan ini bukan hanya mencemarkan imej Islam, malah jelas menjatuhkan maruah wanita Islam yang sengaja dikaitkan dengan aktiviti seks secara terbuka,” katanya.


Menurutnya, sebanyak 3,156 URL berkaitan penjualan produk haram dikesan pada 2018 sementara 1,870 URL pula dikenal pasti sejak Januari 2019 hingga kini.

Video dan gambar yang dikongsi mengundang rasa kurang senang pennguna media sosial dan menganggap langkah pemasaran itu “keterlaluan dan memalukan”.

No comments:

Post a Comment