Tuesday, 17 September 2019

MAHB Bakal Tergadai Kepada Bangsa Asing?


Terkejut dengan statement Chegu Bard melalui Facebook bahawa Khazanah Malaysia dalam proses akhir penjualan kepentingan Kerajaan kepada satu pihak swasta negara asing. Saya percaya Syarikat Vinci & Gatwick Airports dalam perundingan dengan Khazanah sapertimana laporan awal Julai di FMT & The Malaysian Reserve. Sekiranya ini benar ini adalah pengkhianatan kepada negara dan bangsa terutama sekali bumiputra.

Ini nampaknya adalah muslihat dan konspirasi beberapa pihak dalam Kerajaan dan Khazanah dan dipengarauhi oleh satu pihak swasta yang ingin melihat satu satu institusi bumiputra yang agak berjaya dan terkenal seluruh dunia hancur ranap.



Daripada beberapa syarikat kepunyaan Khazanah, MAHB telah diiktiraf oleh Khazanah sendiri (dari laman webnya) bahawa MAHB dari tahun 2004 hingga 2017 sebagai syarikat yang memberi “shareholders returns yang tertinggi setahun” iaiitu 17.3% berbanding dengan semua syarikat seperti TNB (9,9%), TM (15,2%), Axiata (2.7%) , UEM (9.3%) dan IHH (14.9%). Oleh yang demikian apa logiknya nak divest kepentinagn dalam satu asset strategic yang terkenal sebagai satu kumpulan syraikat pengendali lapangan terbang no. 4 terbesar dunia.



Pengalaman lepas saya sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan yang sentiasa berkerja rapat dengan pihak pengurusan MAHB mendapati MAHB dipimpin oleh satu pasukan profesyional yang disegani oleh negara asing yang lain. Sepertimana diketahui umum MAHB juga diberi kepercayaan oleh Kerajaan Turki memiliki dan mengendali Lapangan Terbang Kedua terbesar diTurki iaitu Sabiha Gochken Istanbul.

Selain daripada ini, MAHB juga diberi kepercayaan untuk mengendali fasiliti dilapangan terbang antarabangsa Hamad, Doha salah satu lapangan terbang antarabangsa terbaik dunia. Saya juga terlibat dengan perbincangan awal dengan Kerajaan Arab Saudi mengenai pembidaan projek lapangan terbang Jeddah yang baru. Orang Arab memang berminat untuk mendapat kepakaran MAHB untuk mengendali lapangan terbang Jeddah yang baru dan MAHB telah disenarai pendekkan.

Saya sedar sejak dulu lagi ada satu pihak yang sentiasa memperlekehkan keupayaan MAHB dan mencari jalan untuk memburuk burukkan agar dia dapat mencapai objektifnya memperolehi satu lapangan terbangnya sendiri. Insiden masalah network KLIA baru baru ini itu juga menjadi tanda tanya samada ini semua sebahagian konspirasi tersebut. Laporan media masih tidak menolak kemungkinan sabotaj.

MAHB sebagai satu syarikat yang berjaya patut diberi galakkan untuk mereka mencebur diri dipersada antarabangsa kerana banyak negara ditimur tengah dan Afrika berminat untuk belajar dari Malaysia untuk mengendali lapangan terbang dengan berjaya dan menguntungkan. Membawa masuk operator asing dalam negara bermakna kita sanggup dijajah oleh Mat Salleh balik semula.
MAHB syarikat yang raih turnover hampir 4 billion ringgit pada tahun 2018, keuntungan sebelum cukai RM700 juta, disamping itu, Kerajaan juga memperolehi user fee (perkongsian keuntungan) sebanyak RM400 juta setahun.

Memang benar kata CheguBard Angsa yang bertelur emas itu mahu dibunuh. Saya harap YB Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan dapat memberi penjelasan terhadap isu ini.

Ab Aziz Kaprawi
Bekas Timbalan Menteri Pengangkutan













No comments:

Post a Comment