Saturday, 21 September 2019

MyKad: Beberapa lagi kakitangan JPN bakal di cekup..

Beberapa pegawai dan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang disyaki terbabit dalam sindiket penjualan MyKad di Pulau Pinang akan diburu sepanjang Op Biru Fasa Kedua.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan perkara itu selepas mengulas fasa kedua operasi dilancarkan Selasa lalu.

“Kita percaya beberapa lagi individu terbabit dan fasa kedua operasi ini, kita akan membuat beberapa lagi tangkapan susulan di negeri ini,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Balai Polis Bayan Baru, Bayan Lepas, hari ini.

Dalam kejadian 12 September lalu, enam lelaki termasuk seorang berpangkat Datuk dan seorang Penolong Pengarah JPN berdepan 32 pertuduhan menjual MyKad sah kepada warga asing.

*Fasa pertama Ops Biru berjaya menahan 20 individu susulan pembongkaran seorang warga China yang cuba memohon pasport menggunakan MyKad sah di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang pada 16 Mei lalu.*

Kredit Harian Metro

No comments:

Post a Comment