Monday, 30 September 2019

Nga Kor Ming hasut warga cina benci Sultan Selangor, dakwa Najib

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) digesa mengambil tindakan terhadap Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming kerana telah menghasut orang Cina untuk membenci Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung penggunaan tulisan selain bahasa Melayu pada papan tanda jalan.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut menyifatkan hantaran di laman sosial Facebook Pengerusi DAP Perak itu sebagai menghasut dan sengaja menggunakan isu perkauman.

“Posting FB mereka kata jangan salahkan kerajaan PH jika mereka tidak membenarkan papan tanda jalan dwibahasa kerana ianya keputusan Sultan Selangor.

“DAP mengajak orang Cina yang tidak puas hati dengan keputusan itu untuk membantah di depan muka Sultan Selangor. Saya harap kaum Cina tidak termakan hasutan DAP. DAP mesti berhenti menghasut dengan memainkan isu perkauman,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.



Laman Facebook menggunakan nama ‘Nga Kor Ming Super Fans Page’ itu memuat naik hantaran dalam bahasa Cina menyatakan ketidakpuasan hati terhadap titah Sultan Sharafuddin yang mahu semua papan tanda nama jalan bertulisan Cina di daerah ini ditanggalkan dan diganti serta-merta.

Malah, ia juga menggesa orang Cina untuk melakukan protes di hadapan Sultan Selangor jika tidak gembira dengan titah itu.

Najib berkata, walaupun laman Facebook itu menggunakan ‘peminat’, namun jika mengikut sejarah laman berkenaan, ia sudah lama menggunakan nama Nga Kor Ming sendiri.

“Sudah tentu ada yang akan kata page dengan 600,000 followers itu bukan page Nga Kor Ming tetapi hanya page ‘fans’ beliau. Ianya jelas bahawa page ini sudah lama menggunakan nama dia.

“Sebelum ini, saya pernah saman Nga Kor Ming tentang posting yang telah memfitnah saya di page yang sama ini dan beliau meminta maaf di Mahkamah.

“Pada tahun 2016, Nga Kor Ming disiasat kerana membuat posting yang menyamakan duit raya dengan dedak. Lalu page FB itu terus ditutup untuk beberapa bulan sebelum ianya dibuka semula dan nama page ditukar walaupun gaya dan nada posting mereka tak berubah,” katanya.

Ahli Parlimen Pekan itu menegaskan, sama ada Kor Ming mahupun DAP yang terlibat, polis perlu menyiasat jika kerajaan di bawah PH ini masih ada maruah untuk mempertahankan Rukun Negara dan undang-undang.

SUMBER

2 comments:

  1. should the government or PH need to take serious action to prevent it from happening again, it has long been heard by Nga Kor Ming Deputy Speaker of the House of Representatives, why does he feel too powerful after the fall (BN), then DAP should also take responsibility as he is a DAP member please DAP or its allies do not forget where the earth is on the horizon and do not act like a monkey getting flowers

    ReplyDelete
  2. Teruk betul lah. Kalau betul menghasut memang orang macam ni kena bagi hukuman. Kita dah elok2 merdeka 62 tahun. Dah aman lagi nak memporak perandakan keadaan. Tapi betul lah bagi aku nama Jalan sepatutnya dalam Bahasa Malaysia. Kalau nak tambah pun tulisan jawi boleh lah. Pasalnya sebelum tulisan roman. Malaysia dulu pakai tulisan jawi.

    ReplyDelete