Friday, 27 September 2019

Paling lama 3 tahun lagi saya serah kuasa, kata Dr M

Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau akan melepaskan jawatan perdana menteri sebelum pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Saya berjanji akan berundur sebelum PRU akan datang dan memberi laluan kepada calon lain. Jadi, saya mungkin ada tiga tahun lagi paling lama,” katanya dalam satu dialog anjuran Majlis Hubungan Luar di New York hari ini.

PRU15 dijadualkan berlangsung pada 2023.

Mahathir yang kembali dilantik perdana menteri pada Mei tahun lalu, sebelum ini menegaskan beliau akan berundur selepas kira-kira dua tahun memerintah negara.


Di bawah perjanjian antara pemimpin Pakatan Harapan, Mahathir perlu menyerahkan kuasa kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim, tetapi tiada tarikh ditetapkan.

Pengerusi PPBM dan PH itu berulang kali menegaskan beliau akan mengotakan janji berundur apabila negara kembali pulih dan stabil.

Awal bulan ini, Anwar memberitahu Bloomberg Television, beliau menjangkakan akan menggantikan Mahathir menjelang tahun depan.

Sementara itu, Mahathir berkata, beliau tidak pasti jika penggantinya boleh melakukan dengan baik dan mengungkit kekecewaan terhadap penggantinya ketika beliau berundur pada 2003.

“Saya tidak boleh menjamin orang yang menggantikan saya akan melakukan dengan baik, atau mungkin tidak terlalu baik.

“Saya tidak boleh jamin, tetapi kita boleh melaksanakan jentera yang betul. Jika anda bekerja mengikut sistem itu, saya fikir kita boleh mencapai matlamat status negara maju menjelang 2030.”

fmt

No comments:

Post a Comment