Tuesday, 24 September 2019

Proton Lancar Logo Baharu




PROTON Holdings Bhd hari ini melancarkan logo terbaharunya dengan slogan ‘Inspiring Connections’.

Menurut Pengerusinya Datuk Seri Syed Faisal Albar, nafas baharu ini mengetengahkan evolusi jenama automotif kebangsaan itu sejak mengumumkan kerjasama strategik dengan Zheijang Geely Holding Group pada 2017.


Katanya, kerjasama di peringkat global itu mewujudkan peningkatan berganda dalam prestasinya termasuk meletakkan PROTON pada kedudukan kedua tertinggi dari segi jualan pada tahun ini.

Jelasnya, penjenamaan baharu ini tidak dijalankan secara terburu-buru meskipun jalinan dengan syarikat dari China itu telah berlangsung sejak dua tahun lalu bagi membuktikan kemampuannya menjadi jenama automotif moden.

Penjenamaan baharu ini dipacu tiga nilai teras iaitu; teknologi inovatif, kebolehpercayaan dan antarabangsa.

Kali terakhir PROTON menukar logo rasminya adalah pada tahun 2016 dengan slogan ‘It’s In The Drive’.


No comments:

Post a Comment