Sunday, 29 September 2019

#SepakTakrawLeague Pulau Pinang akan dijadikan gelanggang tetap

Pulau Pinang akan menjadi gelanggang tetap penganjuran Sepak Takraw League (STL) setiap tahun, kata Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia, Datuk Seri Ahmad Ismail.

Menurutnya, penganjuran STL 2019 yang berakhir hari ini dekat SPICE Arena mendapat sambutan amat menggalakkan daripada orang ramai terutamanya penyokong sepak takraw.

“Sememangnya penganjuran di Pulau Pinang adalah yang terhebat yang pernah dibuat, meskipun pertama kali kita anjur di sini.

“Saya telah berbincang dengan Y.A.B. Ketua Menteri dan Exco (Belia dan Sukan), Pulau Pinang akan dijadikan destinasi tetap tiap-tiap tahun STL,” ujar beliau yang juga merangkap Yang di-Pertua Persatuan Sepaktakraw Pulau Pinang.

1 comment:

  1. Mohon pautkan blog saya ke dalam bloglist tuan. Tq

    https://pariajalanan.blogspot.com/?m=1

    ReplyDelete