Tuesday, 24 September 2019

Sindiket jual MyKad sah mungkin telah lama beroperasi

Polis tidak menolak kemungkinan kegiatan penjualan MyKad dan sijil kelahiran sah yang di percayai di dalangi pegawai kanan Jabatan Pendaftaraan Negara (JPN) di negeri ini telah lama beroperasi.

Bagaimanapun, kata beliau, polis masih menjalankan siasatan terperinci berhubung kes itu termasuk kemungkinan wujud penglibatan sindiket berkenaan di beberapa peringkat di dalam agensi berkenaan.

Malah, tambahnya, polis juga tidak menolak kemungkinan kegiatan penjualan MyKad dan sijil kelahiran sah itu turut berlaku di negeri lain.

"Mungkin ia sudah lama beroperasi dan telah ada beberapa lapisan dalam sindiket tersebut, sebab itu polis perlu menjalankan siasatan secara terperinci," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Keselamatan Antarabanysa Kelima di sini hari ini.


Pada 12 September lalu, seramai enam individu termasuk Penolong Pengarah JPN negeri didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas 32 pertuduhan berhubung sindiket pengeluaran dan penjualan sijil kelahiran serta kad pengenalan secara tidak sah kepada warga asing.

Kes itu terbongkar selepas pegawai Jabatan Imigresen membuat laporan polis berikutan permohonan seorang wanita warga asing yang cuba memohon pasport negara ini dengan mengemuka MyKad sah namun tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu Mei lalu.

Susulan itu, polis menerusi operasi khas berjaya membongkar sindiket berkenaan yang dikatakan mengaut keuntungan antara RM100,000 hingga RM600,000 hasil jualan MyKad berkenaan kepada warga asing. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment