Thursday, 5 September 2019

Siti Kasim boikot Melayu tak cerdik

Peguam dan aktivis sosial, Siti Zabedah Kasim atau Siti Kasim menyindir kempen mengutamakan produk keluaran Islam yang digerakkan sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) baru-baru ini.

Menerusi kenyataan dimuat naik dalam Facebook rasminya pagi ini yang turut disertakan potongan ayat al-Quran, Siti Kasim menggesa supaya orang ramai memboikot golongan Melayu yang ditakrifkan sebagai tidak cerdik dan tidak menggunakan akal fikiran mereka.

“Apa yang al-Quran selalu ingatkan kita pada setiap masa.. itupun kalau baca lah dan faham. (Merujuk pada mafhum surah At-Taubah ayat ke-31).


“Sudah pasti Ismaweb, penyokong versi Islamik mereka menerbitkan artikel itu untuk menyokong kempen memboikot produk bukan Islam. Seperti dimaklumkan oleh seseorang, setiap kali saya membaca portal Ismaweb, beberapa ratus sel otak berada dalam kesedihan, layu dan mati,” katanya di sini hari ini.

Kempen mengutamakan keluaran milik bumiputera, ‘Buy Muslim Bumiputera First’ yang dilancarkan baru-baru ini mendapat reaksi termasuk Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Malah, ada yang melabelkan usaha itu sebagai gerakan memboikot barangan bukan Melayu khususnya dalam kalangan peniaga Cina.

Sementara itu, Siti Kasim turut memuat naik beberapa gambar nasi lemak dengan harga berbeza dipercayai cuba menyindir perbezaan harga yang lebih mahal sekiranya produk itu adalah keluaran Muslim.

“Adakah anda berfikir jika tiada siapa yang melakukan perniagaan dengan orang di belakang jenis organisasi ini (Isma), mereka akan hilang?” soalnya. -UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment