Saturday, 28 September 2019

Sultan Ismail Petra mangkat

Ayahanda Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V iaitu Sultan Ismail Petra mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini pada jam 8.11 pagi tadi.


Menurut laman Facebook Pertubuhan Kerabat Diraja Kelantan Al-Muhammadi, jenazah Al-Marhum Sultan Ismail Petra akan dibawa ke Istana Balai Besar untuk Istiadat Penghormatan terakhir dan dijangka Istiadat Pemakaman akan dilangsungkan selepas solat asar di Makam Diraja Langgar Kota Bharu.

Dalam entri Facebook tersebut turut disertakan etika berpakaian untuk penghormatan terakhir tersebut.


"Etika berpakaian untuk kerabat Diraja adalah berbaju Melayu putih, bersampin putih, songkok hitam beralas kain putih di atas dan baju kurung putih bagi perempuan.

"Manakala etika berpakaian untuk orang awam ialah berbaju Melayu putih, bersampin putih, bersongkok hitam beralas kain putih dan baju kurung putih bagi perempuan," tulisnya.

SH

No comments:

Post a Comment