Tuesday, 24 September 2019

Suspek tetak alami kemurungan..

Mayat suspek yang ditembak polis dibawa keluar dari kilang di Bayan Lepas Foto Danial Saad
LELAKI yang maut ditembak polis selepas mengamuk dan menetak dua pekerja kilang di Bayan Lepas, hari ini dikatakan mengalami kemurungan sejak beberapa bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan berkata, suspek yang bekerja sebagai pembantu kualiti hampir dua tahun lalu di kilang terbabit sudah menghantar surat peletakan jawatannya.

Menurutnya, hasil siasatan awal pihak pengurusan kilang menyatakan suspek berusia 25 tahun itu sudah menghantar surat peletakan jawatan yang berkuat kuasa hujung bulan ini.


“Kami dapati suspek tidak hadir sejak seminggu lalu dan dia secara tiba-tiba datang hari ini sebelum mengamuk dan menetak dua pekerja di kilang berkenaan.

“Setakat ini, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti motif dia bertindak demikian terhadap dua pekerja terbabit,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian, malam tadi.

Anbalagan berkata, polis menerima maklumat pada 4.45 petang daripada pihak kilang mengatakan suspek mengamuk dan menetak dua mangsa dalam premis berkenaan.

“Mangsa yang ditetak itu adalah seorang wanita berusia 47 tahun yang juga penyelia bahagian kawalan kualiti manakala seorang lagi mangsa adalah lelaki berusia 53 tahun yang juga pengarah bahagian kawalan keselamatan.

“Penyelia wanita yang ditetak itu meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan pengarah lelaki pula kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Beliau berkata, suspek turut meninggal dunia selepas dia ditembak kerana cuba menyerang polis ketika diminta supaya menyerahkan diri.

Menurutnya, siasatan mendapati, suspek masih pekerja di kilang terbabit dan dia mempunyai akses untuk masuk ke premis berkenaan.

Katanya, pihaknya turut merampas dua parang dan sebilah pisau yang digunakan suspek.

Kredit : Harian Metro

3 comments:

  1. Kemurungan jadahh kau.... Buat kenyataan ada tanya org2 yg berkerja di sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak kerja sana ke? Buat apa dia siap bawak parang dalam kereta? Apa motif dia?

      Delete
  2. Toya mat min..
    Xdatang ker digantung... Cerita tu biar lengkap skit... Jgn spin sgt...

    ReplyDelete