Sunday, 8 September 2019

Tarif air: Xavier janji kenaikan tak membebankan



Kadar baharu tarif air bagi semua negeri kemungkinan diumumkan hujung tahun ini.
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata, perkara itu akan dibawa kepada Jemaah Menteri terlebih dahulu untuk dibincangkan.

"Setelah Jemaah Menteri bersetuju dengan kadar baharu ini baru saya akan umumkan kenaikan bagi setiap negeri, kemungkinan pada hujung tahun ini, tetapi saya tidak boleh janji apa-apa," katanya.


Beliau berkata demikian selepas majlis pelepasan Larian Keamanan 2019 di Dataran Pantai Morib di sini hari ini yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri Morib, Hasnul Baharuddin.


Dr Xavier berkata, pihaknya akan memastikan peratusan kenaikan tarif air ituitu kelak tidak membebankan rakyat.

"Kita faham situasi rakyat, tetapi pada masa sama yang rakyat perlu faham bahawa industri air sudah lama tidak ada perubahan dan ia memerlukan modal operasi yang besar," katanya - Bernama

No comments:

Post a Comment