Thursday, 26 September 2019

Yazit Search meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur



Bekas pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmad meninggal dunia kira-kira pukul 11.53 pagi tadi.

Menurut Facebook rasmi Sang Gendang - Yazit Search, Allahyarham meninggal dunia disisi keluarga dan sahabat handai di Hospital Kuala Lumpur di sini hari ini.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Salehuddin Al Ayubi di Taman Melati untuk disolat dan dikebumikan di Raudatul sakinah Taman Selasih.

Yazit sebelum ini dilaporkan kritikal di bilik Unit Rawatan Rapi (ICU) dan terpaksa menggunakan bantuan pernafasan.

Terdahulu, pemuzik berusia 57 tahun itu dikejarkan ke wad Urologi dan Nefrologi hospital berkenaan kira-kira jam 3 pagi Selasa lalu selepas mengadu sesak nafas.

Doktor mengesahkan dia mengalami kecederaan otak (brain damage) berpunca daripada kekurangan oksigen dalam badan.

Awal bulan September lalu dikejarkan ke HKL kerana mengadu sesak nafas. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment