Thursday, 3 October 2019

#Alfatihah Akhirnya baby Nishka pergi jua


1.Selepas bertarung nyawa melawan penyakit kanser otak dan kanser buah pinggang, Kyfa Nishka Al-Kautsar Mohd Farham meninggal dunia di Unit Dependensi Tinggi (HDU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, hari ini.

2.Bayi berusia empat bulan itu menghembuskan nafas terakhir pada 4.30 petang di sisi kedua ibu bapa dan ahli keluarga.Ibu Nishka, Khairiah Kamarudin, 35, memberitahu, dia dan suami, Mohd Farham Che Ahmad, 36, reda dengan pemergian anak bongsu daripada lima beradik itu.









3. Katanya, anaknya tenat sejak semalam apabila tidak mampu membuka mata dan tidak memberi tindak balas.“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan Nishka dan mereka yang sentiasa memberi sokongan kepada saya serta suami.

4. “Walaupun sedih, namun saya dan suami reda dengan pemergian anak kerana dia terlalu kecil untuk menanggung derita,” katanya.Menurutnya, jenazah anaknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Marak, dekat Bachok, malam ini.

5. Nishka disahkan menghidap kanser otak (Medullablastoma) tahap empat selepas 21 hari dilahirkan dan turut dikesan menghidap penyakit kanser buah pinggang bulan lalu.

No comments:

Post a Comment