Tuesday, 22 October 2019

#Ampang penganggur rogol & bunuh nenek 85tahun


Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret dan Sesyen Ampang, di sini, atas pertuduhan merogol, melakukan seks luar tabii dan membunuh wanita berusia 85 tahun, bulan lepas.

Bagi pertuduhan membunuh, K. Sathiaraj, 27, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Haslinda A Raof.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.


Sathiaraj didakwa membunuh warga emas berusia 85 tahun itu, di sebuah rumah, di Kampung Tasik Tambahan, di sini, antara 11.40 pagi dan 1 tengah hari, 19 Sept lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Norhazani Hamzah, tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol dan melakukan seks luar tabii terhadap mangsa selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil.

Dia didakwa melakukan kedua-dua perbuatan tersebut pada tarikh, masa dan tempat sama mengikut Seksyen 376 (1) KK dan Seksyen 377C KK yang masing-masing memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Sangitaa dan Raihanah Abd Razak manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Sangitaa dan Raihanah masing-masing tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan tersebut tidak boleh dijamin.

Kedua-dua mahkamah tidak menawarkan jaminan dan menetapkan 18 Dis untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini media melaporkan, seorang warga emas ditemui mati dengan kedua tangannya diikat di pangsapuri PKNS.

Warga emas itu dijumpai dalam keadaan tertiarap oleh anak keduanya yang pulang dari bekerja.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment