Tuesday, 29 October 2019

#BatuUban 3 bot pukat tunda C beserta 14 warga asing ditahan Polis Marin



BATU UBAN, 26 Oktober 2019 - Sikap tamak pengusaha bot nelayan pukat tunda 'C' membawa padah apabila bot mereka di tahan oleh Pasukan Polis Marin, Wilayah Satu, Batu Uban,  Pulau Pinang di Perairan Tanjung Piandang pada jarak kira - kira 10 batu nautika Selatan Pulau Kendi, Pulau Pinang  kerana melanggar syarat - syarat lesen di bawah Akta Perikanan 1985.

Bot - bot berkenaan ditahan oleh Botronda PSC 46 yang sedang melakukan rondaan dalam OP PINTASAN 024/2019 kira - kira jam 6.00 petang semalam selepas dikesan sedang memukat ikan dalam keadaan mencurigakan.



Menurut ACP Rosman Bin Ismail,  Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1, hasil pemeriksaan mendapati bot yang dinaiki warga asing warganegara Thailand tersebut telah melanggar syarat - syarat lesen di bawah Sek 8(b) Akta Perikanan 1985 iaitu memukat kurang dari 15 batu nautika dari had yang ditetapkan.

"PPM Wilayah 1 tidak akan teragak - agak menahan mana - mana individu yang didapati melakukan kesalahan. Walaupun dalam keadaan laut yang bergelora, tidak akan menjadi penghalang kepada PPM Wilayah 1 untuk melakukan  rondaan dan operasi dalam kawasan perairan negara untuk membendung jenayah rentas sempadan, penyeludupan 'contraband' dan lain - lain" katanya lagi.

Kes berkenaan diserahkan kepada Jabatan Perikanan Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.

No comments:

Post a Comment