Thursday, 3 October 2019

Cadang pekenal semula GST,MP PKR diselar netizen



1. MP Kangar dari PKR, Noor Amin Ahmad yang mencadangkan kerajaan melaksanakan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) berdepan kritikan netizen kerana beliau pernah memuatnaik  hantaran di Facebook yang menyokong penghapusan sistem cukai berkenaan.

2. “Pilihan semakin jelas. Kekalkan GST atau mansuhkan GST dengan Pakatan Harapan.
“Undilah Parti Keadilan Rakyat,” kata Noor Amin dalam satu hantaran yang pernah dibuatnya pada 2 Mei 2018, iaitu beberapa hari sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14.





3.  Dalam satu kenyataan terbaru, Noor Amin menyambut baik cadangan pelaksanaan semula GST kerana percaya bahawa sistem pencukaian berkenaan lebih baik berbanding sistem yang dilaksanakan sekarang.Ahli Parlimen Kangar itu berkata, cadangan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) agar kerajaan memperkenalkan semula cukai itu adalah lebih praktikal.

4. Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Perlis berkata, kerajaan perlu sedar bahawa ramai majikan yang telah melabur untuk menyediakan sistem ini di premis mereka.“Saya percaya GST adalah sistem yang lebih baik. Kekurangan GST yang memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah boleh ditangani dengan cara lain yang boleh difikirkan secara bersama,” katanya.

5. Bagaimanapun, tindakan ‘u-turn’ itu mendapat kritikan daripada netizen yang menyifatkan pemimpin PH itu bertukar nada terlalu cepat walaupun usia pentadbiran kerajaan baru menjengah setahun empat bulan.Pada kempen pilihan raya lalu, PH berjanji menghapuskan pelaksanaan GST dengan melaksanakan semula sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

6. Antara yang paling lantang melontarkan janji itu ialah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang kini merupakan menteri kewangan.Baru-baru ini, MIER menyarankan kerajaan supaya memperkenalkan semula GST pada kadar yang lebih rendah iaitu tiga peratus dalam Bajet 2020.

7. Pengerusinya, Tan Sri Kamal Salih yang menyifatkan GST sebagai sistem percukaian yang saksama kepada semua peringkat masyarakat dilaporkan berkata, GST merupakan sistem yang memastikan kerajaan memiliki kewangan yang kukuh ketika harga minyak mentah susut di bawah AS$36 (RM150) setong pada 2015

No comments:

Post a Comment