Saturday, 26 October 2019

Ibu Firdaus Wong pula ucap syahadah

Selepas 14 tahun memeluk agama Islam, giliran ibu kepada penceramah bebas Firdaus Wong Wai Hung pula mengikut jejak langkah anaknya berhijrah.

Firdaus, penganut asal Buddha, berkata ibunya mengucap syahadah petang tadi di pejabat Multiracial Reverted Muslim (MRM) di sini.


“Setelah 14 tahun saya memeluk Islam, hari ini ibu tercinta saya pula mengucapkan syahadah. Allahuakbar,” catat presiden pertubuhan dakwah Islam itu di Facebook.

“Ini bukan syahadah pertama yang saya kendalikan tetapi ini adalah syahadah yang saya paling gementar dan sebak kerana yang mengucap syahadah adalah ibu saya sendiri.






“Alhamdulilah. Saya tidak dapat menahan air mata saya seusai ibu saya mengucapkan dua kalimah syahadah dan memeluknya,” catatnya lagi.


Penulis buku Apa Lagi Cina Mahu itu juga berharap keluarganya yang lain turut mendapat hidayah.

“Teruskan sokongan dan doa anda. Berharap selepas ini ayah, kakak, abang, anak saudara, keluarga mertua saya juga dikurniakan hidayah oleh Allah,” catatnya

No comments:

Post a Comment