Sunday, 13 October 2019

#IsuLTTE 5 lagi individu ditahan terbabit gerakan LTTE



Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan penahahan lima individu lain yang didapati terlibat dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Ayob Khan berkata, lima indivdiu yang ditahan kerana mempunyai kaitan dengan LTTE, ditahan dalam dua operasi berasingan, di Melaka, Pulau Pinang dan Selangor, menjadikan seramai 12 individu kesemuanya.

“Tangkapan pertama merupakan seorang guru, di tangkap di Teluk Panglima Garang, Selangor. Suspek ini ditahan kerana memberi sokongan terhadap LTTE menerusi media.



“Tangkapan kedua pula adalah di Durian Tunggal, Melaka. Lelaki berusia 38 tahun yang merupakan pegawai eksekutif Perbadana Teknologi Hijau Melaka. Dia ini bertindak sebagai penganjur aktiviti dan edarkan risalah berkaitan LTTE. Tangkapan ketiga pula adalah ahli majlis bandar raya Melaka.



“Tangkapan keempat pula adalah di Pulau Pinang, individy ini bekerja sebagai pekerja kilang. Ditahan kerana mempromosikan LTTE. Manakala, seorang lagi, individu berusia 29 tahun bekerja sebagai penyelia keselamatan, promosikan LTTE menerusi media,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, hari ini.

BERITA LANJUT MENYUSUL

No comments:

Post a Comment