Friday, 18 October 2019

Ngeri! Wanita bunuh, kerat badan teman lelaki gara-gara kucing


mengerikan, mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan menyayat hati dipercayai dibunuh teman wanitanya gara-gara seekor kucing.

Anastasia Kh, 41, memukul teman lelakinya berusia 39 tahun itu menggunakan penukul sehingga mati selepas mangsa membunuh kucing kesayangannya.

Bukan sahaja pukul, suspek turut mengerat badan mangsa menggunakan gergaji rantai sebelum memasukkan mayatnya ke dalam lima beg plastik.

Suspek kemudian membuang dan membakar mayat mangsa di daerah Kirov, St Petersburg, Rusia.



Mayat mangsa kemudiannya ditemui seorang lelaki yang sedang berjalan bersama anjingnya sebelum bertindak memaklumkan perkara itu kepada polis.

Polis turut menemui tulang kaki, bahu dan bahagian pelvis dan kulit mangsa.

Menurut laporan polis, Anastasia dan teman lelakinya itu sering bergaduh dan situasi menjadi lebih tegang selepas suspek menyalahkan mangsa membunuh kucingnya.

Polis turut menjumpai kesan darah di kediaman dikongsi bersama antara mangsa dan suspek.



SUMBER

No comments:

Post a Comment