Tuesday, 1 October 2019

Perkhidmatan kereta api Bukit Bendera ditutup sementara dari 6-14 Januari 2020

Perkhidmatan kereta api Bukit Bendera akan ditutup sementara selama sembilan hari dari 6 Januari hingga 14 Januari 2020 bagi tujuan pemeriksaan dan penyelenggaraan tahunan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP), operasi kereta api berkenaan akan berjalan seperti biasa selepas penyelenggaraan tahunan itu pada 15 Jan 2020.




“Penyelenggaraan berjadual akan dijalankan di bawah pengawasan syarikat pengeluar funikular (Garaventa AG dari Switzerland) untuk memastikan sistem penggera sentiasa berada dalam keadaan terbaik dan menjalani pemeriksaan keselamatan yang ketat,” tambah kenyataan itu.

Bagi tempoh itu, pengunjung boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatan jip yang dikendalikan oleh syarikat persendirian dari Taman Botani, atau menggunakan laluan mendaki untuk sampai ke puncak Bukit Bendera semasa tempoh penutupan.

Perbadanan Bukit Bendera mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung di atas kesabaran dan sokongan berterusan kepada Bukit Bendera dan PBBPP memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Perbadanan Bukit Bendera di talian 04-828 8880 atau email kepada inquiries@penanghill.gov.my.-

No comments:

Post a Comment