Thursday, 3 October 2019

#PRKTanjungPiai PAS Johor sokong penuh calon blok pembangkang


PAS Johor menyatakan sokongan penuh terhadap calon blok pembangkang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

Pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Husin berkata mereka akan memulakan persedian dan mengerakkan seluruh tenaga kerja dan menyusun gerak kerja bagi menghadapi PRK tersebut.

“PAS Johor akan berada bersama blok pembangkang bagi menghadapi pilihan raya kecil tersebut, selari dengan kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sebelum ini.

“PAS Johor akan menyokong sepenuhnya dan bekerja keras untuk membantu kemenangan calon daripada blok pembangkang dengan semangat Muafakat Nasional yang akan menentang calon daripada Pakatan Harapan (PH),” katanya dalam kenyataan.

PRK Tanjung Piai akan diadakan pada 16 Nov dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

Ia diadakan berikutan kematian Dr Md Farid Md Rafik dari Pakatan Harapan-PPBM pada 21 Sept lepas.

No comments:

Post a Comment