Tuesday, 1 October 2019

#PRKTanjungPiai SPR Cipta Rekod Tempoh Umum PRK Paling Panjang

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Johor akan diadakan pada 16 November, umum Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Azhar Azizan Harun.

Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 2 November manakala pengundian awal akan diadakan pada 12 November, katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bagi membincangkan tarikh-tarikh penting bagi PRK berkenaan di ibu pejabat SPR di sini, hari ini.


PRK Tanjung Piai perlu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Md Farid Md Rafiq, 42, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 21 September lalu berikutan komplikasi jantung.


berikut adalah fakta mengenai sejarah pilihanraya kecil pasca PRU 14

FAKTA PRK DI MALAYSIA

*PRK sungai kandis*

Tarikh kosong – 2 julai 2018
Tarikh SPR  terima notis kekosongan – 3 Julai 2018
Tarikh SPR mesyuarat – 9 julai
tarikh umum penamaan calon dan prk – 21 julai 2018

_beza hari spr bermesyuarat dan penamaan calon – 18 hari_

*PRK Balakong*
tarikh Kosong – 20 julai 2018
tarikh SPR  terima notis kekosongan – 27 julai 2018
tarikh spr mesyuarat – 30 Julai 2018
tarikh umum penamaan calon dan prk – 8 september 2018

_beza hari spr bermesyuarat dan penamaan calon – 12 hari_

*PRK Seri Setia*
tarikh Kosong – 2 ogos 2018
tarikh SPR terima notis kekosongan 3 ogos 2018
Tarikh SPR bermesyuarat – 8 ogos 2018
tarikh penamaan calon – 18 ogos 2018

_beza hari spr bermesyuarat dan penamaan calon – 15 hari_

*PRK Cameron Higland*
tarikh SPR umum kekosongan – 15 disember 2018
tarikh SPR bermesyuarat – 19 disember 2019
tarikh penamaan calon – 12 Januari 2018

_beza hari spr bermesyuarat dan penamaan calon – 28 hari_

*PRK Semenyih*
tarikh Kosong – 11 jan 2019
Tarikh SPR terima Notis Kekosongan – 15 Jan 2019
Tarikh SPR Bermesyuarat – 18 Januari 2019
Tarikh Penamaan Calon – 16 Februari 2019

_beza hari spr bermesyuarat dan penamaan calon – 32 hari_

*PRK Rantau*
tarikh SPR umum kekosongan -26 februari 2019
tarikh SPR bermesyuarat – 6 Mac 2019
tarikh penamaan calon – 30 mac 2019

_beza hari spr bermesyuarat dan penamaan calon – 32 hari_

PRK

*PRK Sandakan*
Tarikh kosong – 28 Mac 2019
Tarikh SPR terima Notis Kekosongan -1 April 2019
Tarikh SPR Bermesyuarat – 5 april 2019
Tarikh Penamaan Calon – 27 April 2019

_beza hari spr bermesyuarat dan penamaan calon – 26 hari_

*PRK Tanjung Piai*

Tarikh Kosong – 21 September 2019
Tarikh SPR terima Notis Kekosongan -23 september 2019
Tarikh SPR Bermesyuarat – 1 Oktober 2019
Tarikh Penamaan Calon – 2 november April 2019

_beza hari spr bermesyuarat dan penamaan calon – 40 hari_

inilah dia rekod baru tersebut iaitu tempoh 40 hari  yang juga merupakan hari yang paling lama yang diambil oleh SPR untuk menjalankan pilihanraya kecil pasca PRU 14 ini.

Sumber : RandauSarawak

No comments:

Post a Comment