Monday, 21 October 2019

Projek tambak laut dapat tangani peningkatan paras air laut - Jagdeep Singh Deo

Projek tambak laut di perairan selatan Pulau Pinang (PSR) diperlukan bagi negeri ini menangani peningkatan paras laut yang disebabkan oleh perubahan iklim, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Perancangan Bandar dan Desa dan Kerajaan Tempatan Jagdeep Singh Deo hari ini.

Beliau berkata negeri kepulauan ini dan negeri terkepung di seluruh dunia mula melakukan penambakan bagi mengurangkan salah satu akibat teruk berpunca perubahan iklim seperti peningkatan paras air laut dan peningkatan suhu.

“Terdapat banyak cara untuk menghadapinya, tetapi di negeri kepulauan (seperti Pulau Pinang) air pasang merupakan cabaran besar dan di (negera kepulauan) seluruh dunia, mereka menambak sepanjang pinggiran pulau bagi meningkatkan paras bagi melindungi pulau daripada dibanjiri,” katanya kepada pemberita di Sungai Pinang dekat George Town.

Beliau berkata demikian sebagai menafikan dakwaan sebuah pertubuhan bukan kerajaan bahawa kononnya projek PSR itu akan memburukkan lagi kesan perubahan iklim global.

Malaysiakini

No comments:

Post a Comment