Monday, 7 October 2019

#subsidipetrol hanya dilaksanakan di semenanjung,Sabah & Sarawak KEKAL

PUTRAJAYA: Program Subsidi Petrol hanya dilaksanakan di semenanjung Malaysia sahaja manakala Sabah, Sarawak dan Labuan harga petrol kekal RM2. 08 seliter.-  Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail


Kira-kira 2.9 juta penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) akan mendapat manfaat daripada Program Subsidi Petrol yang dilancarkan kerajaan hari ini membabitkan jumlah tanggungan kerajaan sebanyak RM65.4 juta sebulan.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Program Subsidi Petrol akan dilaksanakan pada awal 2020 itu membabitkan kadar subsidi RM30 sebulan bagi kereta dan RM12 bagi motosikal kepada kira-kira 2.9 juta penerima.

"Program Subsidi Petrol dikhususkan kepada penerima BSH yang memiliki kenderaan mengikut kriteria ditetapkan iaitu RM30 sebulan bagi kereta dan RM12 bagi motosikal, yang akan dimasukkan ke dalam akaun 2.9 juta penerima.


"Program Subsidi Petrol hanya dilaksanakan di semenanjung Malaysia sahaja manakala Sabah, Sarawak dan Labuan harga petrol kekal RM2.08 seliter," katanya.BH

No comments:

Post a Comment