Friday, 25 October 2019

Tanah runtuh, lelaki dikhuatiri tertimbus. 😢




LELAKI dikhuatiri tertimbus selepas kediamannya di Jalan Kampung Teras, Kampung Masjid Ijok, Batu Kurau mengalami tanah runtuh, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 6.33 petang dan sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Kurau ke lokasi, dibantu BBP Selama.

“Maklumat kita terima, berlaku tanah runtuh yang menjejaskan bahagian dapur sebuah rumah.


“Dipercayai terdapat seorang mangsa lelaki Melayu lingkungan 57 tahun tertimbus,” katanya dalam satu kenyataan.

Kerja mencari dan menyelamat mangsa masih berjalan.

Kredit Harian Metro

No comments:

Post a Comment