Thursday, 10 October 2019

#Viral Polis tahan Exco Melaka disyaki terlibat LTTE


Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang juga Exco Kerajaan Negeri Melaka ditahan pihak polis selepas dipercayai terlibat dengan upacara perjuangan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Perkara berkenaan disahkan sendiri Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari.

“Memang ada maklumat, seorang Exco kita ditahan pihak Bukit Aman pagi ini. Bagaimanapun, secara dasar, kita serahkan pada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.


“Saya yakin Yang Berhormat (Exco) itu akan memberikan kerjasama penuh dan saya juga akan mendapatkan maklumat lanjut berhubung tangkapan,” katanya.

Adly berkata demikian pada sidang media pasca mesyuarat Exco di Seri Negeri, di sini, hari ini.

Difahamkan, ADUN DAP berkenaan ditahan dan digari di pejabatnya di Seri Negeri sekitar jam 8.45 pagi ini.

Adly bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu, dan menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa, termasuk punca tangkapan.

LTTE merupakan kumpulan di Sri Lanka yang dianggap sebagai pengganas oleh beberapa negara.

Awani

No comments:

Post a Comment