Monday, 4 November 2019

#BatuGajah Lelaki cuba bunuh diri kelar tangan dengan pisau


Seorang lelaki cuba membunuh diri dengan mengelar tangannya dengan pisau dalam kejadian di Pusing dekat sini hari ini.

Lelaki berusia 46 tahun itu bagaimanapun berjaya dipujuk oleh anggota bomba  dan membawanya ke hospital untuk rawatan.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 5.52 pagi.


Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah yang dibantu anggota bomba dari Balai Pasir Putih telah ke rumah lelaki itu.

"Terdapat seorang lelaki cuba membunuh diri dengan mengerat tangannya dengan pisau di dalam rumahnya.

"Anggota bomba berjaya memujuk lelaki itu dan membawanya ke hospital untuk tindakan selanjutnya.

"Operasi ditamatkan pada pukul 7.03 pagi," katanya. - Perak Gazette

Gambar: Ihsan Bomba

No comments:

Post a Comment