Monday, 25 November 2019

#Goma Pesawat Congo terhempas, ramai maut


GOMA: Sebuah pesawat komersil dengan 17 penumpang terhempas di bandar Goma, timur Republik Demokratik Congo, hari ini, sehingga mengorbankan sejumlah mangsa, menurut pejabat gabenor wilayah.

Pesawat itu yang dikendalikan syarikat tempatan, Busy Bee terhempas ketika berlepas untuk penerbangan ke bandar Beni, menurut kenyataan pejabat Gabenor Kivu Utara, Carly Nzanzu Kasivita.

Jumlah kematian masih belum diketahui dan Busy Bee gagal dihubungi untuk ulasan.







Kemalangan udara kerap di congo kera a standars keselamatan yang rendah dan penyelenggaran yang teruk.Semua syarikat penerbangan kormesil negara itu diharamkan beroperasi di kesatuan eropah (EU).

Oktober lalu , sebuah pesawat kargo yang berlepas dari lapangan terbang yang sama  turut terhempas,selepas sejam berlepas. Tragedi tersebut mengorbankan semua lapan penumpang.

SUMBER :REUTERS







No comments:

Post a comment