Tuesday, 19 November 2019

GrabMart Dilancar, Dah Boleh Beli Barang Runcit Melalui Online Saja!



Grab mengumumkan servis terbaharu yang dipanggil sebagai GrabMart yang memulakan fasa pilot testing di Lembah Klang bermula hari ini (18 Nov).

Ia merupakan salah satu lagi cabang buat pengguna Grab namun dari segi penghantaran barang runcit dan pelbagai keperluan harian.

Sudah tentu ia menjadi berita baik kepada semua pengguna kerana servis ini menyediakan pembelian barangan di kedai terpilih termasuklah farmasi, pasar raya dan juga kedai bunga.




Antara yang masuk dalam senarai GrabMart termasuklah Guardian, MyNews, Caring Pharmacy dan MPH Bookstore.

Difahamkan, buat masa ini servis GrabMart boleh digunakan di lokasi seperti Damansara Uptown, Bandar Utama, Taman Tun Dr Ismail, Kota Damansara, Mutiara Damansara, Mont Kiara dan Hartamas.

Ia turut mengecas servis penghantaran yang berharga antara RM5 hingga RM9, bergantung kepada jarak destinasi.

Dari segi masa pula, penghantaran bermula dari jam 9 pagi hingga 10 malam. - SUMBER

No comments:

Post a comment