Thursday, 21 November 2019

#Juru Mengaku Orang Malaysia Tapi Tak Boleh Nyanyi Negaraku

Dakwa dirinya rakyat Malaysia, namun wanita warganegara Thailand ini kantoi apabila gagal menyanyikan lagu Negaraku.

Kejadian berlaku ketika dia ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang dalam operasi di Plaza Tol Juru, Lebuhraya Utara Selatan menghala Utara malam tadi.

Memetik laporan Astro Awani, wanita itu juga gagal menyebut nombor kad pengenalannya dan mendakwa ia disimpan oleh ibunya.

Wanita berusia 21 tahun itu tetap berkeras menyatakan dia warganegara Malaysia dan mendakwa bersekolah di Alma, Bukit Mertajam.

Namun, akhirnya selepas gagal memberikan sebarang bukti, wanita itu mengakui tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan hanya mempunyai sijil kelahiran Thailand.

Menurut Pengarah Imigresen Pulau Pinang, Mohamad Husni Mahmud, wanita itu pada mulanya ditahan pihak JPJ bersama teman lelakinya kerana nombor pendaftaran Honda yang mereka naiki tidak patuh spesifikasi.

Ketika diminta kad pengenalan itulah identitinya bocor. - SUMBER

No comments:

Post a comment