Wednesday, 20 November 2019

#juru operasi bersepadu JPJ Pulau Pinang

Seberang Jaya,19 November 2019 - Satu Sidang Media Khas sempena Operasi Bersepadu telah diadakan pada malam ini di Plaza Tol Juru (Arah Utara) bersama Ybrs Pengarah JPJ Negeri Pulau Pinang, Tuan Mohamat Johari Bin Mat Nor.

Operasi Bersepadu ini telah dijalankan di dua lokasi sekitar Pulau Pinang iaitu di Plaza Tol Sg. Dua (Arah Selatan) dan Plaza Tol Juru (Arah Utara).

Operasi Bersepadu yang melibatkan seramai 157 orang pegawai dan anggota penguatkuasa JPJ Negeri Pulau Pinang ini turut disertai oleh pelbagai agensi penguatkuasaan seperti Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM, Jabatan Alam Sekitar(JAS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan(AADK), PLUS dan Jabatan Imigresen Pulau Pinang.





Dalam Ops Bersepadu yang dijalankan ini, sebanyak 152 notis saman telah dikeluarkan dan sebanyak 96 buah kenderaan telah diambil tindakan.

Sebanyak 53 kes dan notis telah dikeluarkan oleh agensi penguatkuasaan lain termasuk 7 tangkapan dari Jabatan Imigresen Pulau Pinang dan seorang dikesan positif dadah oleh pihak AADK Pulau Pinang.

Turut hadir dalam Sidang Media tersebut ialah Ketua Seksyen Penguatkuasa Tn Mohd Nasron Bin Aliyasak, Ketua Bahagian Kejuruteraan Automatif Tn Mohd Khairun Anuar Bin Ismail, Ketua Bahagian Penguatkuasa JPJ Cawangan Batu Uban Pn Nor Intan Shapina Binti Morudin@Md Isa.








No comments:

Post a comment