Tuesday, 5 November 2019

Kemalangan ketika berbasikal, lengan Azhar Idrus dibedah

 Penceramah popular Azhar Idrus terbabit dalam kemalangan petang semalam ketika berbasikal dengan sekumpulan anak muda.

Tidak pasti sejauh mana serius kecederaan yang dialami, namun beliau dijadual menjalani pembedahan di bahagian lengan  10 pagi ini.


Pentadbir akaun media sosial itu juga pun tidak memaklumkan punca bagaimana insiden di bandar Kuala Terangganu boleh menimpa pendakwah bebas itu.

“Sama sama kita doakan agar dipermudahkan urusan ini,” kata kenyataan yang disiarkan dalam akaun Facebook dan Instagram beliau hari ini.




“Buat masa ini beliau ingin berehat sepenuhnya dan kita tidak dapat menerima sebarang kunjungan untuk menziarahi beliau sehingga keadaan mengizinkan”.


Makluman di Facebook juga memberitahu bahawa semua kuliah beliau ditangguhkan sementara waktu sehingga kesihatannya benar-benar mengizinkan.

“Beliau mengalami sedikit kecederaan dan memerlukan rehat untuk sementara waktu,” kata makluman itu lagi.

Ramai warga maya terkejut dengan laporan tersebut dan mendoakan agar pendakwah itu disembuhkan dan pulih daripada kecederaan.

sumber

No comments:

Post a Comment