Sunday, 3 November 2019

#KualaLumpur Patah kaki tersepit eskalator

Seorang lelaki patah kaki kanan selepas tersepit pada eskalator di Kompleks Petama, Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur (PGOKL) memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira jam 10.01 pagi tadi.

Katanya, bertindak atas maklumat itu, enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa bergegas ke lokasi bagi menyalurkan bantuan.



“Sejurus tiba di lokasi kejadian, kaki kanan mangsa yang berusia 49 tahun itu didapati mengalami kecederaan, dengan kaki kanannya tersepit pada eskalator di pusat beli belah berkenaan.

“Anggota bertugas kemudian bertindak mengeluarkan kaki kanannya yang tersepit sebelum diberikan rawatan kecemasan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.


Katanya, mangsa kemudian diberikan rawatan lanjut oleh pasukan perubatan dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang turut berada di lokasi kejadian.

Berita Harian

No comments:

Post a Comment