Saturday, 2 November 2019

PLUS: Tiada lagi tambah nilai semua lorong mulai 5 Nov depan



BAGI melancarkan aliran trafik di plaza tol ketika keluar dari lebuh raya, PLUS akan menutup perkhidmatan tambah nilai Touch’n Go di semua lorong keluar di plaza tol lebuh rayanya bermula 5 November ini.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini PLUS berkata tindakan itu ialah bagi mengurangkan kesesakan di semua plaza tol Wilayah Utara (laluan Hutan Kampung – Ipoh Utara) dan Wilayah Selatan (antara Seremban dan Skudai).


Bagaimana pun, Pusat Khidmat Pelanggan di sesetengah plaza tol dan lorong Tambah Nilai di Lorong Masuk plaza tol terpilih akan beroperasi seperti biasa.

No comments:

Post a Comment