Tuesday, 19 November 2019

Spesies ular 'pupus' 172 tahun lalu ditemui di Singapura





SPESIES ular yang kali terakhir dikesan di Singapura kira-kira 172 tahun lalu dijumpai mati di Hutan Simpan Bukit Timah pada September lalu.

Media tempatan melaporkan, reptilia itu
ditemui pensyarah kanan di Universiti Nasional Singapura (NUS), Dr. John van Wyhe di trek berbasikal hutan tersebut pada 16 September.

Ular jenis ‘lined blind’ atau nama saintifiknya Ramphotyphlops lineatus kali terakhir direkodkan penyelidik ditemui pada tahun 1847
.

Penemuan reptilia yang kelihatan seperti cacing ini juga disahkan oleh pengasas bersama Persatuan Herpetologi Singapura, Law Ing Sind.

Belia dipetik berkata, ular tersebut merupakan spesies yang jarang ditemui walaupun di Malaysia.

Walaupun fizikalnya seperti cacing tetapi reptilia yang tidak berbisa ini kategorikan dalam spesies ular kerana lebih tirus dengan cara pergerakan adalah melingkar dan meliuk liuk.

Penemuan ular hitam sepanjang lebih 50 sentimeter itu mengubah statusnya yang sebelum ini dicatat sebagai tidak dapat dipastikan atau masih memerlukan pengesahan kepada  masih wujud di Singapura. - Terjemahan Perak Gazette

Sumber/Gambar The Strait Times

No comments:

Post a comment